BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

S.A.H.A.B.A.T

Sahabat sejati sukar untuk di cari.....
Sahabat berganti senang pula di cari,
Bila diperlukan baru mencari, bila tidak diperlukan mereka lari...

Sahabat berkongsi duka, seorang dua sahaja....
Sahabat berkongsi suka, tak terkira rasanya,
Bila berduka bayangpun tak ada, bila suka barulah bersaudara...

Semua boleh jadi kawan, tapi tak semua kawan itu sahabat....
Ramai kawan nak jadi sahabat, tapi
Yang dah jadi sahabat pula buat2 tak ingat....=)

Bukan niat untuk membeza-bezakan,
Tak terlintas pula untuk sindir menyindir,
Bukan sahabat mahupun kawan yg nak dipersalahkan,
Tapi renungkan dan sama2 la kita berfikir....


 p/s: harap maklum nukilan ini tiada kena mengena dengan sesiapa pun.... dan ia juga x ditujukan kpd sesiapa jua.....hanya utk renungan bersama...