BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tolong Aku, Selamatkan aku!

Merintih-rintih si kecil kura2....terguling-guling si hitam tenggiling....dan terbelit-belit si ular berbisa... KENAPA?? "Tolonglah, KAMI di seksa, KAMI diseludup! bukan kami aje ramai lagi kawan2 yg senasib dgn kami...."

Akhbar Sinar Harian, AHAD 16 Oktober 2011. m/s 8

Indian Star Tortoise

Ramai yang memandang enteng dengan masalah ini dan ada pula segelintir masyarakat yang tahu tetapi tidak mengambil sebarang tindakan. Haiwan-haiwan diatas menjadi sasaran sindiket untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda. 

Saya terpanggil utk mengulas isu ini kerana saya dapat merasakan penderitaan yg mereka alami. bayangkanlah jika anda yg diperdagangkan, terpisah dengan keluarga anda, adik-beradik anda, kawan-kawan anda...apa perasaan anda? terkulat-kulat anda di seludup dan bila buka mata sahaja anda telahpun berada di sebuah negara yang lain....begitu asing sekali! anda rasa bagaimana kehidupan anda selepas itu? bertambah baik? atau bertambah buruk? mungkin bertambah buruk kerana tidak sesuai dgn environment baru...menjadi buruk lagi jika anda dijadikan sebagai hamba abdi, didera sehingga meragut nyawa! 

Haiwan merupakan makhluk Allah yg dicipta sama seperti kita manusia, bezanya mereka tidak dikurniakan akal untuk berfikir. Jadi kita tidak berhak untuk menzalimi sesama makhluk ciptaanNYA. 

Membawa masuk atau keluar haiwan menjadi kesalahan sekiranya ia tidak menuruti peruntukan undang-undang yang ditetapkan. Di Malaysia terdapat badan khas yang terlibat dalam membasmi kegiatan penyeludupan haiwan iaitu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan beberapa NGO's yang turut membantu menangani masalah ini. Namun masalah ini tetap menghantui haiwan-haiwan eksotik dan terancam ini kerana beberapa faktor yang tidak munasabah, antaranya:
  1. Terdapat segelintir masyarakat yang gemar memakan bahagian tertentu haiwan eksotik. contohnya: kala jengking, biawak dan ular. Ape kejadahnya nak makan ni?? dah xde makanan lain ke? kan ada Pizza hut, Mc D, KFC, Chicken chop....Sate x cukup lagi ke?
  2. Sebagai jual beli. amboi, amboi, amboi.... sesuka ko je nak jual aku eh....ape ingat aku xde keluarga ke? cuba lah cari sumber rezeki yang halal... baru hidup mendapat berkat!
  3. Sumber perubatan. Ini doktor mana pulak yang sahkan ular, harimau, buaya dan biawak boleh sembuhkan penyakit?? InshaAllah segala penyakit semuanya datang dari Allah, dan DIA juga yang mampu menyembuhkannya....jadi banyakkan berdoa...jumpa doktor yang sah.
  4. Seks. wow! haiwan eksotik dipercayai mampu menguatkan nafsu dan tingkatkan prestasi anda semasa di ranjang. adoyai~ tak kan lah semata2 untuk ini anda mengorbankan nyawa meraka yang x bersalah tu??? cer pikiaq balik.... ubat tradisional yg menggunakan herba kan ada....
  5. Perhiasan. Rumah kita memang cantik kalau dihias, tapi kalau letak kepala harimau ke rusa ke.... ish x seriau orang nak menengoknya?? cantik ke? menakutkan je.... cuba kepala anda orang letak kat dinding rumah? takut tak??? takutkan..... (naik bulu roma!)
  6. Sebagai binatang peliharaan. tak da makna nya la korang nak bela biawak atau ular tu.... dah lah ganas, berbisa...baik lah korang bela kucing ke hamster ke....kan ke comel tu....boleh ajak tidur sekali... ni korang nak ke tidur dengan ular? biawak? hahaha..... 
  7. Kepercayaan karut. hah ni lagi satu hal, zaman dah moden, tapi pemikiran masih mundur! yang anda duk percaya kan gigi harimau dapat dijadikan tangkal kekebalan tu kenapa? dah la harimau semua xde gigi.... tahukah anda untuk mendapatkan gigi harimau tu, mereka terpaksa menggunakan beberapa teknik termasuk mencederakan harimau. kadang2 sehingga membawa maut. kasihan si harimau itu hanya kerana dia mempunyai gigi taring yg panjang dia mati. 
Jadi, fikir2 kan lah adakah tindakan anda ini wajar dan berhati perut? marilah kita sama2 menjaga khazanah alam flora dan fauna kerana Malaysia merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan biodiversiti. Jangan kerana ketamakan dan kerakusan anda, segala khazanah ini musnah... Sekian. 

Peace no war!


"Tuai padi antara masa, Esok jangan layu-layuan...

...Intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan..."
haha bergurindam lah pulak yer.... :)

Salam semua! sihat? hehe....InshaAllah sihat yer. Terima kasih kerana mengintai sekejap ke blog saya, tp jangan pula rindu-rinduan yer haha.... 

Alhamdulillah, saya mempunyai masa mengemaskini blog ini... walaupun ceritanya x lah sehebat cerita wedding norman & memey, tp saya berminat utk share bersama anda. Semalam saya dan beberapa kawan saya sempat menjenguk karnival buku yg digembar-gemburkan tu...."The Big Bad Wolf " but i didn't see the wolf, i only see many ppl behave like a starving wolf haha...it is because the books price was so cheapest like crazy, just imagines some books might be very expensive sells outside but in there its just only $8.00! no wonder they behave like that. 

Berjalan dan terus berjalan, pusing beberapa round until i found my desire books. Oh of course it is about a thriller and ghost story haha.... sebenarnya motif ke sana nak cari dictionary korean je, tapi tiada pulak.... mmg xde kot! but spain dictionary is there....huhu....i'm frustrated!
some of the books selling there...
kawan2 saya...Rahmah Alwi dan Nor Farhana. Err... rasanya kurang lagi sorang ni....hurrmmm? where is Jannah Alias?? Ouh... dia busy membelek buku...puas kteorg cari....rupanya dah peluk kotak yg penuh berisi buku.....'mmg ulat buku' haha.... cuba suruh baca jurnal? haha.... semua x nak!

me? of course la tgh take this pic! huhu sadissss.... T_T

Ok, enough for bad wolf or what so ever, hurm....actually i just came back from Tg. Karang, kuala selangor. Buat ape? teman si Nizam de Rousza collect his samples. Oh lupa Syam Ahmederino pun ada gak! First time ke tg. karang nih, naseb x sesat berbagai. Alhamdullilah semuanya dah settle. Apa yg menariknya, ia sangat mendamaikan hati saya, (adoyai ayat novel....x tahan..haha) ada sawah padi yg hijau terbentang luas....oh bestnya....(rugi Jannah Alias x ikut) 
sawah padi....yg hijau =)
Tahukah anda, di kalangan padi2 yang tumbuh ini, terdapat beberapa jenis padi angin iaitu padi liar dimana wujud disebabkan oleh 2 faktor. Pertamanya memang sudah semulajadi ia liar dan keduanya disebabkan oleh pengintrogresian iaitu penggabungan gen antara padi kultivar (varieti yang ditanam) dengan padi liar. ( don't take note, not in exam haha....just want to share some info ja...)
Ini lah dia contoh padi angin a.k.a. si padi liar! 
Syam Ahmederino yg terlebih excited dr Nizam de Rousza. haha...
Nizam de Rousza. Muka kegembiraan dapat collect samples..."yeay!!" haha...
About 10 different variety of wild rice we found and thats why Nizam is so happy... hurmm, pastu semua keletihan haha.... sebelum balik sempat jugak kami bergambar dgn pegawai MARDI yg in charge kawasan padi ni....
that's me in brown shirt with cap haha...berlakon je tuh!
It was a nice trip. I do enjoy the moment when its come to anything related to plants. So guys, this is my experience for today and i hope you enjoy reading my blog and perhaps can give you some knowledgeable information about the plants. Wait me for another interested stories.....see you soon! Bye!

Excuse me please sign here~

Salam para pembaca blog yg budiman....cehh nak ambik hati la tu konon. haha! ok2... hurm... sebenarnya xde ape pun... cuma ada masa terluang then sy jenguk2 la blog yg hidup segan mati tak mahu ni hahahaha.... apepun... sy x kan biarkan ia mati, biarlah nyawa2 ikan pun xpe!

Setelah kebosanan tahap yg melampau, saya pun mula lah menjengah ke blog blogger2 yg lain. Macam2 cerita menarik yg depa duk ceghita (erk tertukar loghat plak)....hurm ada yg berkisarkan keislaman, ada yg pasal keartisan, ada yg kegosipan dan ada jugak yang kepanaaaasssaaan (hot issue la derr....) & etc. Dalam banyak2 tu ada satu rahsia ni je yang sy nak share dengan pembaca 'loyalty' sy ni....nak tahu ape?? Ehh... bukan cerita artis kahwin lain.... itu gosip xmo la... 

Ketahui lah rahsia tandatangan anda!
erk...signature pun ada secret? adeh~ pasni ramai lah yg duk cover2 nak tandatangan....hahaha....

1. Tandatangan dengan satu garisan di bawah
Seorang yang sangat yakin , mempunyai personaliti yang hebat, agak mementingkan diri sendiri dan percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu.

2. Tandatangan dengan satu titik di bawahnya
Seorang yang kelihatan mudah dan tenang tetapi mudah hilang kepercayaan kepada orang dipercayai apabila dikhianati.

3. Tandatangan dengan dua titik di bawahnya
Seorang yang romantik, mudah bertukar pasangan seperti menukar baju, lebih memilih kecantikan (bagi lelaki), sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita), dan mudah menarik perhatian orang untuk mendampingnya.

4. Tandatangan tanpa garisan/titik di bawahnya
Seorang yang seronok dengan kehidupan , ikut gaya dan cara sendiri serta kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tandatangan yang tiada kaitan dengan nama
Seorang yang sentiasa berusaha supaya bijak, suka berselindung, jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup dan yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tandatangan berasaskan ejaan nama tapi sukar dibaca
Seorang yang cerdik tapi kurang hendak berfikir dan cepat menukar pandangan atau idea.

7. Tandatangan huruf tidak bersambung
Seorang yang sangat prihatin, tidak pentingkan diri sendiri, sanggup berkorban apa saja untuk orang lain, seorang pemikir tetapi mudah serik.

8. Tandatangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
Seorang yang sangat baik, boleh sesuaikan diri dengan siapa saja dalam apa juga keadaan atau urusan, tegas dengan pendapat sendiri dan ada semangat yang tinggi 
                                                                                                                            (yoursignaturespeaks.com)

Selamat mengenali pasangan anda! hahaha....=)


Farhan Zainul 


Unknown

Salam kpd pembaca blog dan geng2 blogger yg lain. Dua tiga hari ni saya sangat busy + gigih menyiapkan assignment yang berlambak2 ni. Buat masa sekarang, jurnal adalah kawan baik saya. Tapi saya bosan lah dengan dia! terlalu stereotaip....sama je! Introduction..., Method..., Result..., Discussion... huh! Keadaan saya berubah-ubah, saya happy bila dia xada maksudnya saya x payah nak jumpa dan lihat dia, tapi saya boleh jadi serabut bila dia datang....
Hah...ni la gaya nya kalau dia datang...adoyai~ 

Yang menariknya didalam saat2 getir dan tension tu saya boleh pulak dengar lagu hindustan. Best woOah haha! seyes...99% dapat mengurangkan stress anda, cuba lah.....haha... walaupun ia nampak pelik, tapi sebenarnya ia agak membantu dan akhirnya saya berjaya siapkan tugasan itu. Yeay!!

Bila tension kita sering melakukan perkara2 yang agak pelik dan menjengkelkan. Macam2 lah ada yang suka gigit kuku, ada yang menyanyi, telefon girlfriend haha, jerit dalam toilet, makan meggi dan etc. kdg kita x sedar ape yg kita lakukan.... saya pulak kalau tension saya suka memandang sekeliling. haha. x paham? pandang la ape pun disekitar saya...sambil perhatikan ape2 yang pelik. 

Inilah ape yang saya pandang dari bilik saya di tingkat 6 huhu....

Mujur berada di tingkat 6...rasa seperti dunia ini ana yang punya hahahaha....dapat tengok pemandangan yang luas....sebab mata kita bila penat membaca elok di fokuskan kpd imej pada kedudukan jarak yang jauh....sedang2 melihat tu....mata saya terhenti pada suatu objek yg pelik (seram je bunyinya....hahaha....)

Ada seseorang la kat kawasan lapang tu....hurm...
Jap betul ke? meh try focus lagi.....

Yup orang lah! huhu....ape lah dia buat kat situ eh....huhu....maybe dia pun tgh tension kot dan itu lah cara yang digunakan, duduk bersendirian di kawasan yang sunyi....mesti rasa damai aje...bersama angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa tu.....huhu...

Ehem2x....saya bukan stalker yer. Gambar ini diambil secara x sengaja....saya harap kalau 'dia' terbaca blog ini harap dpt lah maafkan saya kerana meletak gambar saudara tanpa izin. Memang Unknown!