BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Excuse me please sign here~

Salam para pembaca blog yg budiman....cehh nak ambik hati la tu konon. haha! ok2... hurm... sebenarnya xde ape pun... cuma ada masa terluang then sy jenguk2 la blog yg hidup segan mati tak mahu ni hahahaha.... apepun... sy x kan biarkan ia mati, biarlah nyawa2 ikan pun xpe!

Setelah kebosanan tahap yg melampau, saya pun mula lah menjengah ke blog blogger2 yg lain. Macam2 cerita menarik yg depa duk ceghita (erk tertukar loghat plak)....hurm ada yg berkisarkan keislaman, ada yg pasal keartisan, ada yg kegosipan dan ada jugak yang kepanaaaasssaaan (hot issue la derr....) & etc. Dalam banyak2 tu ada satu rahsia ni je yang sy nak share dengan pembaca 'loyalty' sy ni....nak tahu ape?? Ehh... bukan cerita artis kahwin lain.... itu gosip xmo la... 

Ketahui lah rahsia tandatangan anda!
erk...signature pun ada secret? adeh~ pasni ramai lah yg duk cover2 nak tandatangan....hahaha....

1. Tandatangan dengan satu garisan di bawah
Seorang yang sangat yakin , mempunyai personaliti yang hebat, agak mementingkan diri sendiri dan percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu.

2. Tandatangan dengan satu titik di bawahnya
Seorang yang kelihatan mudah dan tenang tetapi mudah hilang kepercayaan kepada orang dipercayai apabila dikhianati.

3. Tandatangan dengan dua titik di bawahnya
Seorang yang romantik, mudah bertukar pasangan seperti menukar baju, lebih memilih kecantikan (bagi lelaki), sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita), dan mudah menarik perhatian orang untuk mendampingnya.

4. Tandatangan tanpa garisan/titik di bawahnya
Seorang yang seronok dengan kehidupan , ikut gaya dan cara sendiri serta kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tandatangan yang tiada kaitan dengan nama
Seorang yang sentiasa berusaha supaya bijak, suka berselindung, jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup dan yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tandatangan berasaskan ejaan nama tapi sukar dibaca
Seorang yang cerdik tapi kurang hendak berfikir dan cepat menukar pandangan atau idea.

7. Tandatangan huruf tidak bersambung
Seorang yang sangat prihatin, tidak pentingkan diri sendiri, sanggup berkorban apa saja untuk orang lain, seorang pemikir tetapi mudah serik.

8. Tandatangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
Seorang yang sangat baik, boleh sesuaikan diri dengan siapa saja dalam apa juga keadaan atau urusan, tegas dengan pendapat sendiri dan ada semangat yang tinggi 
                                                                                                                            (yoursignaturespeaks.com)

Selamat mengenali pasangan anda! hahaha....=)


Farhan Zainul 


0 comments: