BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tolong Aku, Selamatkan aku!

Merintih-rintih si kecil kura2....terguling-guling si hitam tenggiling....dan terbelit-belit si ular berbisa... KENAPA?? "Tolonglah, KAMI di seksa, KAMI diseludup! bukan kami aje ramai lagi kawan2 yg senasib dgn kami...."

Akhbar Sinar Harian, AHAD 16 Oktober 2011. m/s 8

Indian Star Tortoise

Ramai yang memandang enteng dengan masalah ini dan ada pula segelintir masyarakat yang tahu tetapi tidak mengambil sebarang tindakan. Haiwan-haiwan diatas menjadi sasaran sindiket untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda. 

Saya terpanggil utk mengulas isu ini kerana saya dapat merasakan penderitaan yg mereka alami. bayangkanlah jika anda yg diperdagangkan, terpisah dengan keluarga anda, adik-beradik anda, kawan-kawan anda...apa perasaan anda? terkulat-kulat anda di seludup dan bila buka mata sahaja anda telahpun berada di sebuah negara yang lain....begitu asing sekali! anda rasa bagaimana kehidupan anda selepas itu? bertambah baik? atau bertambah buruk? mungkin bertambah buruk kerana tidak sesuai dgn environment baru...menjadi buruk lagi jika anda dijadikan sebagai hamba abdi, didera sehingga meragut nyawa! 

Haiwan merupakan makhluk Allah yg dicipta sama seperti kita manusia, bezanya mereka tidak dikurniakan akal untuk berfikir. Jadi kita tidak berhak untuk menzalimi sesama makhluk ciptaanNYA. 

Membawa masuk atau keluar haiwan menjadi kesalahan sekiranya ia tidak menuruti peruntukan undang-undang yang ditetapkan. Di Malaysia terdapat badan khas yang terlibat dalam membasmi kegiatan penyeludupan haiwan iaitu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan beberapa NGO's yang turut membantu menangani masalah ini. Namun masalah ini tetap menghantui haiwan-haiwan eksotik dan terancam ini kerana beberapa faktor yang tidak munasabah, antaranya:
  1. Terdapat segelintir masyarakat yang gemar memakan bahagian tertentu haiwan eksotik. contohnya: kala jengking, biawak dan ular. Ape kejadahnya nak makan ni?? dah xde makanan lain ke? kan ada Pizza hut, Mc D, KFC, Chicken chop....Sate x cukup lagi ke?
  2. Sebagai jual beli. amboi, amboi, amboi.... sesuka ko je nak jual aku eh....ape ingat aku xde keluarga ke? cuba lah cari sumber rezeki yang halal... baru hidup mendapat berkat!
  3. Sumber perubatan. Ini doktor mana pulak yang sahkan ular, harimau, buaya dan biawak boleh sembuhkan penyakit?? InshaAllah segala penyakit semuanya datang dari Allah, dan DIA juga yang mampu menyembuhkannya....jadi banyakkan berdoa...jumpa doktor yang sah.
  4. Seks. wow! haiwan eksotik dipercayai mampu menguatkan nafsu dan tingkatkan prestasi anda semasa di ranjang. adoyai~ tak kan lah semata2 untuk ini anda mengorbankan nyawa meraka yang x bersalah tu??? cer pikiaq balik.... ubat tradisional yg menggunakan herba kan ada....
  5. Perhiasan. Rumah kita memang cantik kalau dihias, tapi kalau letak kepala harimau ke rusa ke.... ish x seriau orang nak menengoknya?? cantik ke? menakutkan je.... cuba kepala anda orang letak kat dinding rumah? takut tak??? takutkan..... (naik bulu roma!)
  6. Sebagai binatang peliharaan. tak da makna nya la korang nak bela biawak atau ular tu.... dah lah ganas, berbisa...baik lah korang bela kucing ke hamster ke....kan ke comel tu....boleh ajak tidur sekali... ni korang nak ke tidur dengan ular? biawak? hahaha..... 
  7. Kepercayaan karut. hah ni lagi satu hal, zaman dah moden, tapi pemikiran masih mundur! yang anda duk percaya kan gigi harimau dapat dijadikan tangkal kekebalan tu kenapa? dah la harimau semua xde gigi.... tahukah anda untuk mendapatkan gigi harimau tu, mereka terpaksa menggunakan beberapa teknik termasuk mencederakan harimau. kadang2 sehingga membawa maut. kasihan si harimau itu hanya kerana dia mempunyai gigi taring yg panjang dia mati. 
Jadi, fikir2 kan lah adakah tindakan anda ini wajar dan berhati perut? marilah kita sama2 menjaga khazanah alam flora dan fauna kerana Malaysia merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan biodiversiti. Jangan kerana ketamakan dan kerakusan anda, segala khazanah ini musnah... Sekian. 

Peace no war!


0 comments: