BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

"Kalau berpacaran...

...memang banyak pantang larang..." 


Salam semua, sihat? Alhamdulillah kita sudah di bulan Julai dan tidak lama lagi kita akan berpuasa. Pada entry kali ini, sy nak ceghita sket pasai bercinta ni. Memang semua suka bab cintan cintun ni, ye la bila sebut cinta aje hati mula lah berbunga2...haha. Semua orang ada sejarah cinta masing2. Ada yang pahit dan ada yang manis. Ada bermula semasa cinta monyet (di bangku sekolah) dan ada pula bermula semasa cinta "autumn in my heart" (di universiti) haha... tahniah kpd yang berkekalan sehingga ke jinjang pelamin semoga perhubungan kalian kekal ke akhir hayat. 

Tapi bukan sejarah epik cinta yang hendak sy kupas pada hari ini... kalau nak cerita sejarah cinta bermula 100 hari pun belum tentu habis terkupas... hahaha... jadi panjang2 kan tgn anda search sendiri di google hehehe (gurau je...) Topik hari ini dipilih kerana bersesuaian dengan keadaan dan isu semasa. Ramai remaja diluar sana seperti sy mudah terjebak dengan masalah cinta = love! Tapi sejauh mana pula mereka menghayatinya? anda pula bagaimana? sy melihat cinta itu indah, TETAPI.... hah ada tapinya... kerana cinta itu:

"umpama bunga mawar yang cantik tetapi berduri" 

Ramai remaja diluar sana yang hanyut dibuai cinta. Tidak kurang juga yang sudah lemas ditenggelami arus cinta yang kuat. Tidak dinafikan bila bercinta semuanya indah belaka! muka pasangan kita yang huduh pun masih nampak manis pd pandangan kita, mulut berbaupun masih dikatakan wangi. Nampak? begitu hebatnya penangan cinta. Jadi sy ingin berkongsi sedikit pendapat dimana sy merasakan....

Cinta itu indah tapi BAHAYA! kerana orang brcinta ni bak kata Acha Septriasa- "berdua lebih baik". Tapi yang berdua inilah yang bahayanya... bila berdua pastinya ada yg ketiga. Paham2 aje la siapa yg ketiga tu... Biasanya dikalangan kita, BOLEH pandang2, BOLEH pegang2, BOLEH rapat2... aaacane tu? Malaysia BOLEH! haha... 

Cinta itu indah tapi SYARIAT TETAP MEMBATASKAN! Ada batasannya. Tidak salah bercinta. Bercintalah sampai ke tua sekalipun...tapi kena la follow the syariat... antara wanita dan lelaki yang bukan muhrim ada batasnya... bagaimana utk bergurau senda dan bagaimana utk memandang pasangan yang ajnabi... kerana bukan artis sahaja public figure, kita juga dikira sbg public figure kpd masyarakat sekeliling. Cukup-cukup sudah, cukup jangan sakitkan lagi pandangan mata mereka...

Cinta itu indah tapi MENYAKITKAN! Khas kpd kaum2 wanita seluruh dunia. hehe... (perasan global haha) Bila bercinta tu, jangan serahkan segalanya kpd pasangan anda. kalau boleh 50-50. Dimana 50 kepercayaan anda berikan pd mereka dan 50 lagi simpan utk diri anda. Jadi in case suatu hari nanti, pasangan anda minta memutuskan perhubungan tak lah anda terjatuh tersungkur tergolek2... Hargai setiap benda yang ada pd anda. Sekurang2nya ada masih boleh "bernyawa dengan sebelah jiwaku" bak kata Jaclyn Victor hehe....

Cinta itu indah tapi BUKAN SEGALANYA! Ya memang indah, bak bunga sakura yg bertaburan...(tiba2 mode nak korea pulak) haha... menikmati keindahan tidak salah, cuma berpada-pada lah.... kena ingat, kalau sekadar cinta sahaja yg ditaburkan x kemana.... lepas kahwin, mula bercakaran kerana duit. Its all about money...money...money! skrg ni semua gunakan duit...susahnya tiada duit boleh membawa kpd penceraian~ jadi pilih pasangan yang boleh menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Cinta itu indah tapi SEMENTARA! Yang ni biasa terjadi. Masa bercinta punya lah jaga pasangan, sampai terlanggar batu pun batu yang dimarahinya. Gentlemen la kononnya tu... lepas kahwin mula tunjuk belang. Jalan berpimpin tangan pun dah tak mahu. Isteri sebatu di hadapan suami masih dibelakang. Ada pula, semasa bercinta, lemah dengan pujuk rayu pasangan sampaikan sudah ter tut* baru nak menyesal. Masa tu nak salahkan siapa? jadi jgnlah mencari keindahan yang sementara ini. Bersabar selagi termampu =)

Orang bercinta ni banyak dugaannya apatah lagi yang dah bertunang kerana seolah2 anda sedang bermain dengan api. Jangan dicabar firman Allah:

Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk. [Surah al-Isra', ayat 32]

Cinta itu indah, lagi indah jika mendapat cinta hakiki 
Cinta itu indah, jika kita tahu menghargainya



0 comments: