BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tips Tak Berapa Nak Tip Top!

Alhamdulillah, walaupun lama menyepi Encik P masih bernafas di bumi bertuah ini walau terkadang leka dengan nikmat dunia! Subhanallah... Sudah hampir sebulan Encik P bersantai-santai di rumah kerana cuti semester. Alhamdulillah banyak perkara yang dapat Encik P lakukan di rumah (makan + tido = GEMUKSS) dan di luar rumah (shopping... haha!). 

12 Apr 2013 hari tu Encik P ada menduduki peperiksaan awam untuk gred M41 Pegawai Tadbir Diplomatik atau ringkasnya dipanggil PTD. Alhamdulillah resultnya dah keluar 23 Mei yang lalu dan Encik P lulus ujian bertulis itu... Betul ke?? Hah! Encik P pun x percaya pd mulaya, tp bila dah banyak kali check dan masukkan nombor kad pengenalan, ternyata benar lah Encik P lulus. Alhamdlillah ini merupakan kali kedua Encik P pergi ujian bertulis untuk gred yang sama. Ramai kawan-kawan, sedara-mara yang mengucapkan tahniah kpd Encik P atas kejayaan ini.... (Encik P balas kat sini yer, terima kasih banyak2 kpd yg support Encik P selama ini...tanpa korang siapalah Encik P HAHAHA.... chewwaaahhh!! retis sangat!). Ada juga diantara mereka yang bertanyakan tips pada Encik P bagaimana nak menjawab soalan2 peperiksaan itu. Al maklumlah exam ptd ni antara exam yg agak susah... ada yg dah berkali-kali ambil tp masih tak lepas2 juga. 

Jadinya... disini Encik P nak share la sikit tips kejayaan Encik P kpd yang bertanya tuuuu....Antaranya ialah:

1- Jangan meletakkan sepenuh harapan anda kpd exam ini. Encik P dah pernah melaluinya di exam pertama. Begitu teruja dan terlalu mengharapkan sampaikan x lalu nak makan, sudahnya Encik P kecundang!
2- Mengulangkaji topik tertentu sahaja terutama yang baru-baru. (rujuk internet)
3- Banyakkan tengok iklan-iklan di TV yang berkaitan dengan pelan/ tindakan kerajaan. (TV1, TV2 byk kot....kalau anda perasan la!)
4- Pergi ke dewan peperiksaan dengan keadaan tenang, kosongkan minda (xyah serabutlah fikir byk lagi x baca... kdg2 yg dibaca tu belum tentu lg keluar~)
5- Baca soalan dan terus jawab (baca sekali je, pastu terus tick pada jawapan pilihan. Ikut kata hati hehe...) Sbbnya benda tu kita dah belajar dulu tp ingat2 lupa.... jd ikut gerak hati lah.
6- Kalau dah baca, tp tiada pilihan dihati, tinggalkan dulu :)
7- Soalan matematik pula tak boleh guna kalkulator, jd buat dari belakang dulu (sbb soalan belakang dia bagi yg senang2) tp kena cepat takut x sempat siap. Agak2 masa x cukup tembak je.... yg penting jwb semua soklan! (Wahh... tips apekah ini??? hahaha....)
8- Bagi yang cekap mengira tu mmg akan dapat jawapan yg tertera di soalan. Tp yg agak suam2 tu mcm Encik P, pilih aje jawapan yang berdekatan, ok! HEHE... (rahsia tau!)
9- Untuk karangan pula, byk kan pengetahuan tentang isu-isu semasa. Gunakan ayat-ayat yang jarang digunakan. Ayat sasterawan ke... ayat2 novel/ majalah/ ulasan surat khabar. (Barulah gempak, walaupun isinya biasa2 je...)
10- Mereka akan menyediakan 3 helai kertas utk karangan. Tapi xyah la bazirkan kertas itu. Buat aje 1 perenggan pendahuluan, 3 perenggan isi dan 1 perenggan untuk penutup. Kalau tulisan semut mcm Encik P ni 1 helai kertas pun dah memadai... (yang buat lebih dari 3 helai tu saiko je tu semua! Abaikan....)
11- Untuk esei bahasa inggeris pula, buat saje sentences yang pendek2 dan mudah di fahami. Toksah merapu bagai atau meleret2 takut nanti maksud yang nak disampaikan tak sampai. Perenggan sama saje spt esei BM. Grammar tu jaga la sikit hehe... jangan yang simple2 tu pun salah... ok??

Jadi inilah sebahagian tips yang tak seberapa daripada Encik P buat mereka yg bertanya dan berhajat  untuk menduduki exam tersebut. Mungkin juga ini rezeki Encik P kerana sebenarnya dan hakikatnya Encik P tak membuat sebarang persediaan khusus untuk menduduki exam itu. Tips yang diberikan adalah apa yang Encik P buat semasa hendak menduduki exam pada hari itu. Sekarang Encik P hanya menunggu surat untuk menduduki ujian kedua yang akan dilakukan tak lama lagi iaitu ujian fizikal dan mental. Dengar kata ramai juga yang terkandas dlm exam ini. InsyaAllah jika Encik P berjaya di dalam ujian kedua ini, seperti biasa Encik P akan berkongsi Tips kejayaan disini. Wish untuk Encik P berjaya yer :) 

Adios!

#Don't complicated your mind...