BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Tanpa Kata

Salam semua, hi guys! i've compose some of korean song into a malay words and here is one of my work which is produce with full of my heart....the song was picked from soundtrack You Are Beautiful. I know u guys must be in love with the drama plus they had came out with handsome actors and pretties actress. The original song was sang by Park Shin Hye and it also have in male version which is sang by Jang Geun Suk. The song was chosen based on their nice music arrangement and beside the lyrics are meaningful to me... i've made a video for this song, but it can't be upload here due to some technical error. The video is not supported  and i have to convert it first but still don't worry i will try to put it in here later.....

Tanpa Kata
Ku tak perlu teruskan dan ku perlu abaikan
Kerna ia tak jelas dan dikaburi sesuatu
Ku... tak seharus menyukaimu

Ku perlu pergi jauh dan ku perlu hiraukan
Kerna ia tak pasti dan dihalangi sesuatu
Ku... tak harus dengar kata cinta

Chorus:
Tanpa kata kau biarkan ku tahu
Tanpa kata kau beriku cinta
Kau beri harapan dan menafikannya
Kau pergi membawa cinta
Tanpa kata cinta ku disisihkan
Tanpa kata cinta ku ditinggalkan
Ku kehilangan kata, terdiam...
Penuh dengan persoalan... datang sendirinya

Mengapa hati ini
Sakitnya berpanjangan dan
berkurangan bila kau tiada lagi disisi
itu kenyataan kau harus tahu

Chorus:

Tanpa kata kau biarkan ku tahu
Tanpa kata kau beriku cinta
Kau beri harapan dan menafikannya
Kau pergi membawa cinta
Tanpa kata cinta ku disisihkan
Tanpa kata cinta ku ditinggalkan
Ku kehilangan kata, terdiam...
Penuh dengan persoalan...

Tanpa kata kau buat ku menangis
Tanpa kata ku telah berkecil hati.....

Tanpa kata ku menunggu cintamu
Tanpa kata cintamu ku terluka
Biarkan ku pergi membawa tangisan
bersaksikan bintang dilangit...

Tanpa kata mu ku telah mengerti
Tanpa kata mu ku telah fahami
Membuatkan ku rasa sukar menerima
takdir yang tersurat ini... datang sendirinya

Tanpa kata kau datang
Tanpa kata kau pergi
Jika luka berulang kan ku tahan pedihnya...
Kerna ianya hanya sementara...

Lirik: Farhan Zainul
Lagu: Without word OST You are Beautiful
Penyanyi asal: Park Shin Hye

Prelude to Harry Potter


Jeng...jeng...jeng... haha....Harry Potter dtg lg.....hehehe.....x sabar rasanya nk tgk the last episode of Harry Potter. Bagi mereka yg meminati siri harry potter ini, jgn lupa esok hari first ditayangkan di pawagam, cepat2 la booking yer hehe (Dgr cerita tiket dh sold out!!)....kerana esok adalah penentu segala2nya, semuanya akan terungkai esok. Apakah yg akan terjadi kpd harry potter and the gang? Adakah masih sempat utk mereka menyelamatkan sekolah ahli sihir mereka daripada dikuasai oleh dark eater? dan dapatkah Lord voldemort membunuh Harry Potter?(erkk....)..... yg pastinya semua yg mengikuti kisah ini dari mula pasti berharap Lord voldemort dpt di hapuskan, tapi, apakah kuasa yg ada pada Harry Potter utk memusnahkan mereka? sedangkan dlm siri pertama dulu watak Dumbledor telah di matikan, iaitu watak seorg pengetua sekolah ahli sihir yg mungkin memiliki kuasa yg setanding utk melawan Lord voldemort telah mati dibunuh oleh Prof Snape. Pasti ada kejutan lain yg akan berlaku. Adakah Prof Snape akan membantu?? tak mungkin la.....hahaha... (Snape yg meragukan......(@_@)!

Tayangan umum telah pun dilakukan 2 hari yg lepas di luar negara, di mana pelakon2 siri Harry Potter turut turun padang utk memberi penghormatan terakhir bagi siri mereka yg terakhir ini. masa part1, semuanya kecik2, skrg Hermonie dah cantik hahaha.....dia dikatakan menangis pada malam tayangan umum itu. Sedih jugak lah siri Harry Potter dah sampai ke penghujungnya.....maybe selepas ni kita akan menanti penghabisan cerita Twillight pulak hahaa....

So mlm ni just nak warm up sket, get the mood back, haha thats why put in the title 'prelude to Harry Potter' and for those who skip the last episode (deathly hollows part 1), maybe u can get some ideas on what is going on with them before u  watch deathly hollow part 2 tomorrow....hopefully its help hahaha....(mcm nk jwb exam pulak....keh3x....)

p/s: love this story very much, tp rasa mcm x dpt aje tgk esok, huhu.....well let see how's going tomorrow...~

k-pop fever~


K-pop adalah singkatan nama kepada 'korean pop' iaitu lagu-lagu hitz dari penyanyi korea samada berkumpulan ataupun berseorangan. Berbekalkan lagu-lagu yg popular serta memiliki rupa paras yg cantik dan handsome mmg mudah utk menarik minat remaja-remaja di serata dunia. Korea is one of the developed country, their drama and music entertainment are well accepted by many people. I'm also a big fan of many korea song and dramas. I like their style not because they are good in acting or dance, but the way they communicate and their culture make me feel want to visit korea one day. 

bukan sebab fashion diorang kerr??
errk.... itu ada gak....hehehe....diorang maju dlm segala aspek, kalo dari segi fashion baju tu, toksah kata la....mmg diorg lagi banyak dan dulu mengeluarkan design2 yg latest dan mengikut arus pemodenan dunia. 

Malaysia dah ada M-pop......btol ker??
Haha....biasa la tu, bila sesuatu yg mendapat sambutan hangat dari segenap pihak....mula la pihak lain ikut-ikutan......kalau ada pun x salah....asalkan tahu mengikut culture kita.....ambil yg baik, yg x baik tu jgn diikut pulak huhu..... di astro pun ada rancangan k-pop talent skrg, pandai remaja2 kita yg menyanyi kan lagu korea dan menari pun x kurang hebat. tapi la kalau semua nya idol kpd k-pop apalah nasib artis2 di negara kita pada masa akan datang....hehehe.... 

tapi bukan budaya korea aje yg terbawa2 di negara kita, mungkin disebabkan kita senang menerima budaya luar, banyak juga rancangan televisyen skrg ceritanya dari negara luar spt indonesia, filipina.... cuma baru2 ni cerita korea mendapat sambutan hangat.....seingat saya dulu, hanya ada beberapa slot aje cerita korea yg ditayangkan.....di 8tv. drama yg mula mendapat sambutan pada masa tu hurmmm.......winter sonata kalau x silap, selepas tu baru ada autum in my heart, hotelier, stairway to heaven dll..... sehingga la munculnya drama2 korea beralaf 21 ni spt full house, my girl dimana aksi bercium telah dibenarkan....

bermulanya dari kegilaan peminat menerusi drama yg menyelitkan beberapa lagu hitz, maka terwujudlah dunia K-pop ini. dlm sesebuah drama korea, selain jln cerita yg menarik, lagu didlmnya juga memainkan peranan yg penting dlm menimbulkan mood cerita.....bila lagu sedap didengar, mula la kita nk tahu siapa penyanyi lagu itu....hahaha....

tapi x jugakkan.....ada yg lagu hitz tp x ada dlm drama....
hehehe.....mmg la, sy hanya nk bgtahu bagaimana k-pop terjadi. okeh, bila mereka tgk ramai yg meminati lagu2 korea, byk producer m'hasilkan lagu2 hitz berkumpulan. skrg tumbuh bagaikan cendawan. baru la wujudnya wonder girl iaitu menerusi lagu 'nobody',girl generation, kara, t-max, 2AM, 2PM, super junior dll.....tu.....

ok la, sampai sini dulu.....insya Allah pada masa2 akan dtg saya akan sambung entry ini.....

p/s: tak salah meminati sesuatu yg baru.....=)

Sedikit Tips untuk Bergaya~

Salam semua, 
Syukur hari ni saya masih dapat menulis lagi di blog ini. Di ruangan yg lalu saya ada bercerita tentang fashion dan di atas permintaan seorg kawan saya berasa senang berkongsi beberapa tips untuk berfashion. Sebenarnya kita bebas utk menggaya bermacam jenis baju, asalkan ia tidak la terlalu over. hehe.... antara tips -tips nya ialah:

  • Memilih pakaian mengikut usia kita: Ini adalah penting kerana, seseorg itu boleh nampak berbeza apabila mengenakan sesuatu pakaian. jika tersilap memilih ia akan menyebabkan seseorg itu kelihatan lebih tua berbanding umurnya yg sebenar dan sebaliknya.
  • Warna pakaian: Ia terpulang kepada seseorg individu itu, tetapi seelok2nya yg muda remaja iaitu umur di dlm lingkungan 20-27 tahun better memakai pakaian yg berwarna terang dan striking. kerana elemen warna baju akan mempengaruhi faktor mood anda, jika warna nya agak kelam sama la seperti mood anda yg agak suram pada hari itu. hehehe....
  • Saiz pakaian: Bagi saya saiz pakaian/baju adalah satu isu yg agak sensitif, ini adalah kerana, adakalanya mereka yg berpakaian ketat/sendat merasa selesa begitu dan adakala sebaliknya. tetapi, bagi mereka yg agak funky dan berbadan normal boleh la memakai pakaian yg sama saiz dgn badannya...bg yg mempunyai bentuk badan yg maskulin ia adalah satu bonus manakala bg yang memliki susuk badan yg agak besar dan berisi, anda digalakkan memilih pakaian yg bersaiz besar sedikit tetapi tidak terlalu longgar. Saiz baju, menunjukkan personaliti seseorg itu. jadi jgn tersilap memilih supaya org x tersalah anggap. 
  • Pandai matching: Kemahiran mematchingkan pakaian ini bukan lah suatu yg mudah. setiap org mempunyai citarasa yg berbeza-beza. disini ada beberapa tips yg boleh saya kongsikan, misalnya baju berwarna hitam sesuai di match kan dgn sebarang warna, baju putih sesuai dgn seluar yg berwarna krim, coklat cair, putih, hitam, baju kemeja berjalur garis halus sesuai dipadankan dgn tali leher yg plain dan sebaliknya.  




Fashionista~

Lately byk fashion2 baju yg menjadi trends remaja masa kini.....tak salah kalo nak berubah dan meniru gaya seakan2 artis tetapi selagi ia x bertentangan dgn hukum agama dan menutup aurat... saya pun gila berfashion, tapi prinsip saya selagi ia x melampaui batas saya akan membeli dan memakainya.....melampaui batas tu termasuklah harganya, biar bersederhana tetapi nampak menarik dan sedap mata memandang......

Saya ni suka ala-ala korea style....hurm....saya rasa bukan saya je, ramai lg yg sukakannya....tapi x kurang hebat juga yg x sukakannya haha....biasa la tu citarasa masing2.....pernah lah beberapa rakan saya bertanya di mana saya selalu shopping baju2? mahal x? sebenarnya saya ni beli di tempat biasa jugak, saya x memilih seperti sesetengah org yg mmg minat bergaya dah tentu tempat pilihan mereka seperti butik, ZARA collection, Top men, SODA etc. bagi saya kalau hati sudah berkenan saya akan membelinya, kalau murah pun apa salahnya kan.....?? janji kita seronok memakainya.....

Sebenarnya dlm dunia fashion ni kita kena pandai matchingkan apa yg kita hendak pakai....haha mcm pengurus fashion plak~ hurm, saya pun x la pandai sgt bab2 fashion ni, tapi suka baca2 magazine, so dr situ belajar sikit2...kdg2 tu berangan nk jadi seperti itu dan ini, tapi kena pandai la tgk bajet sendiri....bak kata org ukur baju di badan sendiri.... 

Masalah dgn mereka yg suka bergaya ni ada satu je, mereka ni sgt mementing penampilan diri, hurm kalau lelaki tu dah dikategorikan sbg lelaki metroseksual....tapi x salah pun.....cuma ada sesetengah tu maybe kurang selesa dgn golongan seperti ini.....adeh~ yelah.....nak p mana2 mesti kena pilih baju yg sesuai, kena kemas dan bergosok.....agak cerewet....dan mengambil masa yg agak lama walaupun tempat yg nak di tuju tu just sekadar kedai di depan rumah adoyai~  saya??? hehehe....... saya agak macam tu la....hahaha nak tahu cerita? hurm.....utk ke kelas yg start pukul 8.30 pagi saya akan bangun seawal 7.30 pagi utk prepare baju dan mendandan rambut hahaha....(kantoi sudah) takpe just want to share....sbb ade beberapa member yg terkejut saya bangun begitu awal.....

Kenapa kami macam ni??? huhu.....dah terbiasa.....isu penampilan sangat penting, even dlm pekerjaan, melalui penampilan org akan menilai seseorg itu.....bagi si pemilik badan, dgn penampilan yg bagus akan secara x langsung meningkatkan kadar keyakinan diri mereka utk berhadapan dgn public. owh, nampak sgt penting kan? tapi ia terpulang pada individu sendiri.......





S.A.H.A.B.A.T

Sahabat sejati sukar untuk di cari.....
Sahabat berganti senang pula di cari,
Bila diperlukan baru mencari, bila tidak diperlukan mereka lari...

Sahabat berkongsi duka, seorang dua sahaja....
Sahabat berkongsi suka, tak terkira rasanya,
Bila berduka bayangpun tak ada, bila suka barulah bersaudara...

Semua boleh jadi kawan, tapi tak semua kawan itu sahabat....
Ramai kawan nak jadi sahabat, tapi
Yang dah jadi sahabat pula buat2 tak ingat....=)

Bukan niat untuk membeza-bezakan,
Tak terlintas pula untuk sindir menyindir,
Bukan sahabat mahupun kawan yg nak dipersalahkan,
Tapi renungkan dan sama2 la kita berfikir....


 p/s: harap maklum nukilan ini tiada kena mengena dengan sesiapa pun.... dan ia juga x ditujukan kpd sesiapa jua.....hanya utk renungan bersama...

sy slalu rasa sy x mampu melakukannya, tapi.......

yer, saya selalu begitu,
selalu rasa yg sy x mampu untuk melakukannya, tapi......
bila sy fikir balik ternyata sy mampu buat yg terbaik.

setiap kali masalah datang,
sy slalu rasa sy x mampu melakukannya, tapi......
sy lupa yg Allah itu sentiasa bersama hambanya.

setiap kali memikirkan masa seakan singkat,
sy slalu rasa sy x mampu melakukannya, tapi......
akhirnya ia tetap berjalan seperti biasa tanpa disedari,
sesungguhnya Allah akan permudahkan setiap urusan kita....insyaALLAH

setiap kali melihat kegigihan rakan2 belajar,
sy slalu rasa sy x mampu melakukannya, tapi.......
rupa2nya itu lah pembakar semangat sy slama ini utk berjaya spt mereka.

setiap kali telah berusaha,
sy slalu rasa sy x mampu melakukannya, tapi......
tawakal itu adalah penawar segalanya.

sy percaya perkara ini juga sering trjadi pd anda...
jadi, percaya lah pada diri anda dan sentiasa ingat bahawa Allah itu bersama kita

[SELAMAT MENGULANGKAJI & MENJAWAB PEPERIKSAAN]
=)