BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Cemburunya!

Bencinya! Menyampahnya! Bajet baguss betul la! ini semua adalah angkara perasaan cemburu!
Sakitnya hati bila melihat kebahagiaan atau kejayaan org lain....


Sahabat yang dikasihi sekalian, semoga kita tidak tergolong bersama mereka2 yang berhasad dengki dan cemburu ini. Salam 1 Malaysia sy tujukan kpd geng2 blogger sy. Hari ini topik yang ditulis adalah berkisar tentang perasaan cemburu. Sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada mengalami perasaan cemburu. Kadang2 rasa spt sudah sebati di dalam diri kita, bezanya cuma cemburu pada tahap rendah atau pada tahap yg kronik.

Suka, marah, menangis, ketawa dan cemburu merupakan suatu anugerah yang diberi oleh Allah kpd mahkluk ciptaannya terutama manusia. Ia adalah perasaan semulajadi yang datang dan pergi silih berganti di dalam diri kita mengikut emosi dan situasi semasa. Ramai yg berpendapat bahawa perasaan cemburu ini tidak baik di mana selalunya akan berakhir dgn perbalahan dan pergaduhan. Tetapi ramai juga yang tidak  menyangka bahawa cemburu juga ada baiknya. Walau bagaimanapun, seeloknya perasaan ini haruslah dikawal supaya kita tidak bertindak diluar batasan.

Sikap cemburu ini wujud dalam diri seseorang adalah disebabkan kurangnya rasa bersyukur atas nikmat yg diberikan oleh Allah kpd mereka. Lumrah manusia, sememangnya tidak pernah berasa puas dengan apa yg diperolehinya. Jadi kita sering menjeling-jeling kepunyaan orang lain dan mula mengharapkan sesuatu sepertinya. Adalah suatu perkara yang baik, jika kita mencemburui kejayaan org lain kerana sudah pastinya kita akan berusaha mendapatkan spt mana kejayaan itu. Sebagai contoh, kawan kita mendapat markah yg tinggi di dalam ujian bulanan ini, walhal kita hanya cukup-cukup makan saja. Jadi faktor cemburu itu akan mengubah anda supaya menjadi lebih gigih dan rajin berusaha utk mendapatkan markah yg tinggi bagi ujian bulanan akan datang. Tapi awas ye, terlalu cemburu juga boleh memudaratkan diri!

Perkara yang sama jika dilihat, cemburu di atas kejayaan kawan. Jika kita tidak bertindak bijak, kita akan cenderung melakukan perkara2 yang tidak diredhai Allah. Kita mula memburuk-buruk kan si kawan tadi, kita menjatuhkannya dengan cara halus, mula menabur fitnah dan kadang-kadang menjadi serius sampai boleh bunuh-membunuh. Jelaslah menunjukkan si pelaku mengalami penyakit cemburu yang agak kronik dan tekanan perasaan yang amat mendalam. Penyakit cemburu ini lagi di pendam lagi bahaya! Malahan dengan bersikap cemburu seseorang itu boleh menjadi kufur nikmat. Nauzubillah....

Percaya atau tidak, wanita lebih kuat cemburu berbanding lelaki. Oleh itu di dalam perhubungan, wanita akan lebih cemburu terhadap pasangannya berbanding lelaki kerana menurut kamus dewan, cemburu didefinisikan sebagai ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintainya spt suami, isteri atau kekasih. Namun, cemburu buta adalah sgt merbahaya dan dianggap kritikal kerana pasangan boleh bertindak diluar kawalan.

Penyakit cemburu merupakan salah satu penyakit hati. Penyakit ini jika tidak dirawat, akan berlanjutan sehingga hati menjadi hitam dan penuh kedengkian. Jadi antara cara-cara utk menghindari atau mengawal sifat cemburu adalah seperti:

1. Pelajari situasi
Maksudnya memahami keadaan sebenar ttg perkara yang terjadi. Berfikiran secara relevan dan penuh pertimbangan. Kita sering terbawa2 dengan emosi. Sarat dengan adengan drama yang membuak-buak. Sepatutnya kita bertenang dan berfikir secara kritis dan terbuka. Kadang2 alasan utk cemburu itu sedikit saja selebihnya hanya emosi.

2. Komunikasi
Maksudnya berinteraksi antara satu sama lain. Menjelaskan dan mendapatkan penjelasan yang sempurna daripada kedua2 pihak untuk mengelakkan berlakunya salah faham. Selain itu, ia juga boleh mengawal fikiran supaya memandang dari sudut yang berbeza dan mengelakkan dari membuat sebarang andaian.

3. Belajar menilai diri sendiri
Maksudnya mengukur tahap keupayaan diri kita. Ketahuilah bahawa setiap orang mempunyai keistimewaan masing-masing. Namun harus akui semua orang tidak sempurna tetapi boleh diperbaiki jika yakin akan diri masing-masing.

4. Percaya pada qada dan qadar
Maksudnya percaya pada setiap rezeki pemberian Allah kpd kita. Setiap orang telah ditetapkan rezekinya. Seharusnya kita bersyukur kerana mendapat nikmat daripada Allah. Selain itu, kita seharusnya percaya jika berusaha pasti ada ganjarannya kerana rezeki Allah itu luas dan tiada hadnya. Allah suka hambanya yang rajin dan ikhlas berusaha kerana itu turunnya firman bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah dirinya sendiri. Jadi percayalah Allah itu maha adil dan bijaksana.

5. Berfikiran positif
Maksudnya berfikir panjang dan melihat sesuatu perkara dengan tenang dan terbuka. Apabila kita berfikiran positif segalanya akan menjadi mudah dan indah. Gagal sekali tidak bermakna gagal utk selamanya. Minda positif adalah minda yang sihat. Mereka yg berfikiran positif selalunya hidup senang dan bahagia kerana mereka tidak mencemburui kejayaan org lain, malah berusaha mempertingkatkan kualiti diri masing-masing kearah yang lebih baik.



0 comments: