Tips Tak Berapa Nak Tip Top!
Posted by Farhan Zainul 0 comments
Encik P di Kuala Pilah??
Posted by Farhan Zainul 0 comments
Pengenalan baru Prince Uphoria
Posted by Farhan Zainul 0 comments
Cemburunya!
Bencinya! Menyampahnya! Bajet baguss betul la! ini semua adalah angkara perasaan cemburu!
Sakitnya hati bila melihat kebahagiaan atau kejayaan org lain....
Suka, marah, menangis, ketawa dan cemburu merupakan suatu anugerah yang diberi oleh Allah kpd mahkluk ciptaannya terutama manusia. Ia adalah perasaan semulajadi yang datang dan pergi silih berganti di dalam diri kita mengikut emosi dan situasi semasa. Ramai yg berpendapat bahawa perasaan cemburu ini tidak baik di mana selalunya akan berakhir dgn perbalahan dan pergaduhan. Tetapi ramai juga yang tidak menyangka bahawa cemburu juga ada baiknya. Walau bagaimanapun, seeloknya perasaan ini haruslah dikawal supaya kita tidak bertindak diluar batasan.
Sikap cemburu ini wujud dalam diri seseorang adalah disebabkan kurangnya rasa bersyukur atas nikmat yg diberikan oleh Allah kpd mereka. Lumrah manusia, sememangnya tidak pernah berasa puas dengan apa yg diperolehinya. Jadi kita sering menjeling-jeling kepunyaan orang lain dan mula mengharapkan sesuatu sepertinya. Adalah suatu perkara yang baik, jika kita mencemburui kejayaan org lain kerana sudah pastinya kita akan berusaha mendapatkan spt mana kejayaan itu. Sebagai contoh, kawan kita mendapat markah yg tinggi di dalam ujian bulanan ini, walhal kita hanya cukup-cukup makan saja. Jadi faktor cemburu itu akan mengubah anda supaya menjadi lebih gigih dan rajin berusaha utk mendapatkan markah yg tinggi bagi ujian bulanan akan datang. Tapi awas ye, terlalu cemburu juga boleh memudaratkan diri!
Perkara yang sama jika dilihat, cemburu di atas kejayaan kawan. Jika kita tidak bertindak bijak, kita akan cenderung melakukan perkara2 yang tidak diredhai Allah. Kita mula memburuk-buruk kan si kawan tadi, kita menjatuhkannya dengan cara halus, mula menabur fitnah dan kadang-kadang menjadi serius sampai boleh bunuh-membunuh. Jelaslah menunjukkan si pelaku mengalami penyakit cemburu yang agak kronik dan tekanan perasaan yang amat mendalam. Penyakit cemburu ini lagi di pendam lagi bahaya! Malahan dengan bersikap cemburu seseorang itu boleh menjadi kufur nikmat. Nauzubillah....
Percaya atau tidak, wanita lebih kuat cemburu berbanding lelaki. Oleh itu di dalam perhubungan, wanita akan lebih cemburu terhadap pasangannya berbanding lelaki kerana menurut kamus dewan, cemburu didefinisikan sebagai ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintainya spt suami, isteri atau kekasih. Namun, cemburu buta adalah sgt merbahaya dan dianggap kritikal kerana pasangan boleh bertindak diluar kawalan.
Penyakit cemburu merupakan salah satu penyakit hati. Penyakit ini jika tidak dirawat, akan berlanjutan sehingga hati menjadi hitam dan penuh kedengkian. Jadi antara cara-cara utk menghindari atau mengawal sifat cemburu adalah seperti:
1. Pelajari situasi
Maksudnya memahami keadaan sebenar ttg perkara yang terjadi. Berfikiran secara relevan dan penuh pertimbangan. Kita sering terbawa2 dengan emosi. Sarat dengan adengan drama yang membuak-buak. Sepatutnya kita bertenang dan berfikir secara kritis dan terbuka. Kadang2 alasan utk cemburu itu sedikit saja selebihnya hanya emosi.
2. Komunikasi
Maksudnya berinteraksi antara satu sama lain. Menjelaskan dan mendapatkan penjelasan yang sempurna daripada kedua2 pihak untuk mengelakkan berlakunya salah faham. Selain itu, ia juga boleh mengawal fikiran supaya memandang dari sudut yang berbeza dan mengelakkan dari membuat sebarang andaian.
3. Belajar menilai diri sendiri
Maksudnya mengukur tahap keupayaan diri kita. Ketahuilah bahawa setiap orang mempunyai keistimewaan masing-masing. Namun harus akui semua orang tidak sempurna tetapi boleh diperbaiki jika yakin akan diri masing-masing.
4. Percaya pada qada dan qadar
Maksudnya percaya pada setiap rezeki pemberian Allah kpd kita. Setiap orang telah ditetapkan rezekinya. Seharusnya kita bersyukur kerana mendapat nikmat daripada Allah. Selain itu, kita seharusnya percaya jika berusaha pasti ada ganjarannya kerana rezeki Allah itu luas dan tiada hadnya. Allah suka hambanya yang rajin dan ikhlas berusaha kerana itu turunnya firman bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah dirinya sendiri. Jadi percayalah Allah itu maha adil dan bijaksana.
5. Berfikiran positif
Maksudnya berfikir panjang dan melihat sesuatu perkara dengan tenang dan terbuka. Apabila kita berfikiran positif segalanya akan menjadi mudah dan indah. Gagal sekali tidak bermakna gagal utk selamanya. Minda positif adalah minda yang sihat. Mereka yg berfikiran positif selalunya hidup senang dan bahagia kerana mereka tidak mencemburui kejayaan org lain, malah berusaha mempertingkatkan kualiti diri masing-masing kearah yang lebih baik.
Posted by Farhan Zainul 0 comments
"Kalau berpacaran...
Orang bercinta ni banyak dugaannya apatah lagi yang dah bertunang kerana seolah2 anda sedang bermain dengan api. Jangan dicabar firman Allah:
Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk. [Surah al-Isra', ayat 32]
Cinta itu indah, lagi indah jika mendapat cinta hakiki
Posted by Farhan Zainul 0 comments
Travelog Air Asia - Australia
Posted by Farhan Zainul 0 comments
A warm signal from December~
Posted by Farhan Zainul 0 comments
Hantu Colgate~
Posted by Farhan Zainul 0 comments
Tolong Aku, Selamatkan aku!
- Terdapat segelintir masyarakat yang gemar memakan bahagian tertentu haiwan eksotik. contohnya: kala jengking, biawak dan ular. Ape kejadahnya nak makan ni?? dah xde makanan lain ke? kan ada Pizza hut, Mc D, KFC, Chicken chop....Sate x cukup lagi ke?
- Sebagai jual beli. amboi, amboi, amboi.... sesuka ko je nak jual aku eh....ape ingat aku xde keluarga ke? cuba lah cari sumber rezeki yang halal... baru hidup mendapat berkat!
- Sumber perubatan. Ini doktor mana pulak yang sahkan ular, harimau, buaya dan biawak boleh sembuhkan penyakit?? InshaAllah segala penyakit semuanya datang dari Allah, dan DIA juga yang mampu menyembuhkannya....jadi banyakkan berdoa...jumpa doktor yang sah.
- Seks. wow! haiwan eksotik dipercayai mampu menguatkan nafsu dan tingkatkan prestasi anda semasa di ranjang. adoyai~ tak kan lah semata2 untuk ini anda mengorbankan nyawa meraka yang x bersalah tu??? cer pikiaq balik.... ubat tradisional yg menggunakan herba kan ada....
- Perhiasan. Rumah kita memang cantik kalau dihias, tapi kalau letak kepala harimau ke rusa ke.... ish x seriau orang nak menengoknya?? cantik ke? menakutkan je.... cuba kepala anda orang letak kat dinding rumah? takut tak??? takutkan..... (naik bulu roma!)
- Sebagai binatang peliharaan. tak da makna nya la korang nak bela biawak atau ular tu.... dah lah ganas, berbisa...baik lah korang bela kucing ke hamster ke....kan ke comel tu....boleh ajak tidur sekali... ni korang nak ke tidur dengan ular? biawak? hahaha.....
- Kepercayaan karut. hah ni lagi satu hal, zaman dah moden, tapi pemikiran masih mundur! yang anda duk percaya kan gigi harimau dapat dijadikan tangkal kekebalan tu kenapa? dah la harimau semua xde gigi.... tahukah anda untuk mendapatkan gigi harimau tu, mereka terpaksa menggunakan beberapa teknik termasuk mencederakan harimau. kadang2 sehingga membawa maut. kasihan si harimau itu hanya kerana dia mempunyai gigi taring yg panjang dia mati.
Posted by Farhan Zainul 0 comments
"Tuai padi antara masa, Esok jangan layu-layuan...
Posted by Farhan Zainul 0 comments
Excuse me please sign here~
2. Tandatangan dengan satu titik di bawahnya
Seorang yang kelihatan mudah dan tenang tetapi mudah hilang kepercayaan kepada orang dipercayai apabila dikhianati.
3. Tandatangan dengan dua titik di bawahnya
Seorang yang romantik, mudah bertukar pasangan seperti menukar baju, lebih memilih kecantikan (bagi lelaki), sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita), dan mudah menarik perhatian orang untuk mendampingnya.
4. Tandatangan tanpa garisan/titik di bawahnya
Seorang yang seronok dengan kehidupan , ikut gaya dan cara sendiri serta kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain
5. Tandatangan yang tiada kaitan dengan nama
Seorang yang sentiasa berusaha supaya bijak, suka berselindung, jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup dan yakin dengan kebolehan diri sendiri
6. Tandatangan berasaskan ejaan nama tapi sukar dibaca
Seorang yang cerdik tapi kurang hendak berfikir dan cepat menukar pandangan atau idea.
7. Tandatangan huruf tidak bersambung
Seorang yang sangat prihatin, tidak pentingkan diri sendiri, sanggup berkorban apa saja untuk orang lain, seorang pemikir tetapi mudah serik.
8. Tandatangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
Seorang yang sangat baik, boleh sesuaikan diri dengan siapa saja dalam apa juga keadaan atau urusan, tegas dengan pendapat sendiri dan ada semangat yang tinggi
Posted by Farhan Zainul 0 comments
Unknown
Posted by Farhan Zainul 0 comments
Hutan oh Hutan!
Posted by Farhan Zainul 0 comments
My mom pun teruja tgk Harry Potter??
Posted by Farhan Zainul 0 comments
Tanpa Kata
Ku tak perlu teruskan dan ku perlu abaikan
Kerna ia tak jelas dan dikaburi sesuatu
Ku... tak seharus menyukaimu
Ku perlu pergi jauh dan ku perlu hiraukan
Kerna ia tak pasti dan dihalangi sesuatu
Ku... tak harus dengar kata cinta
Chorus:
Tanpa kata kau biarkan ku tahu
Tanpa kata kau beriku cinta
Kau beri harapan dan menafikannya
Kau pergi membawa cinta
Tanpa kata cinta ku disisihkan
Tanpa kata cinta ku ditinggalkan
Ku kehilangan kata, terdiam...
Penuh dengan persoalan... datang sendirinya
Mengapa hati ini
Sakitnya berpanjangan dan
berkurangan bila kau tiada lagi disisi
itu kenyataan kau harus tahu
Chorus:
Posted by Farhan Zainul 0 comments
Prelude to Harry Potter
Posted by Farhan Zainul 0 comments
k-pop fever~
Posted by Farhan Zainul 0 comments































