BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Cemburunya!

Bencinya! Menyampahnya! Bajet baguss betul la! ini semua adalah angkara perasaan cemburu!
Sakitnya hati bila melihat kebahagiaan atau kejayaan org lain....


Sahabat yang dikasihi sekalian, semoga kita tidak tergolong bersama mereka2 yang berhasad dengki dan cemburu ini. Salam 1 Malaysia sy tujukan kpd geng2 blogger sy. Hari ini topik yang ditulis adalah berkisar tentang perasaan cemburu. Sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada mengalami perasaan cemburu. Kadang2 rasa spt sudah sebati di dalam diri kita, bezanya cuma cemburu pada tahap rendah atau pada tahap yg kronik.

Suka, marah, menangis, ketawa dan cemburu merupakan suatu anugerah yang diberi oleh Allah kpd mahkluk ciptaannya terutama manusia. Ia adalah perasaan semulajadi yang datang dan pergi silih berganti di dalam diri kita mengikut emosi dan situasi semasa. Ramai yg berpendapat bahawa perasaan cemburu ini tidak baik di mana selalunya akan berakhir dgn perbalahan dan pergaduhan. Tetapi ramai juga yang tidak  menyangka bahawa cemburu juga ada baiknya. Walau bagaimanapun, seeloknya perasaan ini haruslah dikawal supaya kita tidak bertindak diluar batasan.

Sikap cemburu ini wujud dalam diri seseorang adalah disebabkan kurangnya rasa bersyukur atas nikmat yg diberikan oleh Allah kpd mereka. Lumrah manusia, sememangnya tidak pernah berasa puas dengan apa yg diperolehinya. Jadi kita sering menjeling-jeling kepunyaan orang lain dan mula mengharapkan sesuatu sepertinya. Adalah suatu perkara yang baik, jika kita mencemburui kejayaan org lain kerana sudah pastinya kita akan berusaha mendapatkan spt mana kejayaan itu. Sebagai contoh, kawan kita mendapat markah yg tinggi di dalam ujian bulanan ini, walhal kita hanya cukup-cukup makan saja. Jadi faktor cemburu itu akan mengubah anda supaya menjadi lebih gigih dan rajin berusaha utk mendapatkan markah yg tinggi bagi ujian bulanan akan datang. Tapi awas ye, terlalu cemburu juga boleh memudaratkan diri!

Perkara yang sama jika dilihat, cemburu di atas kejayaan kawan. Jika kita tidak bertindak bijak, kita akan cenderung melakukan perkara2 yang tidak diredhai Allah. Kita mula memburuk-buruk kan si kawan tadi, kita menjatuhkannya dengan cara halus, mula menabur fitnah dan kadang-kadang menjadi serius sampai boleh bunuh-membunuh. Jelaslah menunjukkan si pelaku mengalami penyakit cemburu yang agak kronik dan tekanan perasaan yang amat mendalam. Penyakit cemburu ini lagi di pendam lagi bahaya! Malahan dengan bersikap cemburu seseorang itu boleh menjadi kufur nikmat. Nauzubillah....

Percaya atau tidak, wanita lebih kuat cemburu berbanding lelaki. Oleh itu di dalam perhubungan, wanita akan lebih cemburu terhadap pasangannya berbanding lelaki kerana menurut kamus dewan, cemburu didefinisikan sebagai ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintainya spt suami, isteri atau kekasih. Namun, cemburu buta adalah sgt merbahaya dan dianggap kritikal kerana pasangan boleh bertindak diluar kawalan.

Penyakit cemburu merupakan salah satu penyakit hati. Penyakit ini jika tidak dirawat, akan berlanjutan sehingga hati menjadi hitam dan penuh kedengkian. Jadi antara cara-cara utk menghindari atau mengawal sifat cemburu adalah seperti:

1. Pelajari situasi
Maksudnya memahami keadaan sebenar ttg perkara yang terjadi. Berfikiran secara relevan dan penuh pertimbangan. Kita sering terbawa2 dengan emosi. Sarat dengan adengan drama yang membuak-buak. Sepatutnya kita bertenang dan berfikir secara kritis dan terbuka. Kadang2 alasan utk cemburu itu sedikit saja selebihnya hanya emosi.

2. Komunikasi
Maksudnya berinteraksi antara satu sama lain. Menjelaskan dan mendapatkan penjelasan yang sempurna daripada kedua2 pihak untuk mengelakkan berlakunya salah faham. Selain itu, ia juga boleh mengawal fikiran supaya memandang dari sudut yang berbeza dan mengelakkan dari membuat sebarang andaian.

3. Belajar menilai diri sendiri
Maksudnya mengukur tahap keupayaan diri kita. Ketahuilah bahawa setiap orang mempunyai keistimewaan masing-masing. Namun harus akui semua orang tidak sempurna tetapi boleh diperbaiki jika yakin akan diri masing-masing.

4. Percaya pada qada dan qadar
Maksudnya percaya pada setiap rezeki pemberian Allah kpd kita. Setiap orang telah ditetapkan rezekinya. Seharusnya kita bersyukur kerana mendapat nikmat daripada Allah. Selain itu, kita seharusnya percaya jika berusaha pasti ada ganjarannya kerana rezeki Allah itu luas dan tiada hadnya. Allah suka hambanya yang rajin dan ikhlas berusaha kerana itu turunnya firman bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah dirinya sendiri. Jadi percayalah Allah itu maha adil dan bijaksana.

5. Berfikiran positif
Maksudnya berfikir panjang dan melihat sesuatu perkara dengan tenang dan terbuka. Apabila kita berfikiran positif segalanya akan menjadi mudah dan indah. Gagal sekali tidak bermakna gagal utk selamanya. Minda positif adalah minda yang sihat. Mereka yg berfikiran positif selalunya hidup senang dan bahagia kerana mereka tidak mencemburui kejayaan org lain, malah berusaha mempertingkatkan kualiti diri masing-masing kearah yang lebih baik.



"Kalau berpacaran...

...memang banyak pantang larang..." 


Salam semua, sihat? Alhamdulillah kita sudah di bulan Julai dan tidak lama lagi kita akan berpuasa. Pada entry kali ini, sy nak ceghita sket pasai bercinta ni. Memang semua suka bab cintan cintun ni, ye la bila sebut cinta aje hati mula lah berbunga2...haha. Semua orang ada sejarah cinta masing2. Ada yang pahit dan ada yang manis. Ada bermula semasa cinta monyet (di bangku sekolah) dan ada pula bermula semasa cinta "autumn in my heart" (di universiti) haha... tahniah kpd yang berkekalan sehingga ke jinjang pelamin semoga perhubungan kalian kekal ke akhir hayat. 

Tapi bukan sejarah epik cinta yang hendak sy kupas pada hari ini... kalau nak cerita sejarah cinta bermula 100 hari pun belum tentu habis terkupas... hahaha... jadi panjang2 kan tgn anda search sendiri di google hehehe (gurau je...) Topik hari ini dipilih kerana bersesuaian dengan keadaan dan isu semasa. Ramai remaja diluar sana seperti sy mudah terjebak dengan masalah cinta = love! Tapi sejauh mana pula mereka menghayatinya? anda pula bagaimana? sy melihat cinta itu indah, TETAPI.... hah ada tapinya... kerana cinta itu:

"umpama bunga mawar yang cantik tetapi berduri" 

Ramai remaja diluar sana yang hanyut dibuai cinta. Tidak kurang juga yang sudah lemas ditenggelami arus cinta yang kuat. Tidak dinafikan bila bercinta semuanya indah belaka! muka pasangan kita yang huduh pun masih nampak manis pd pandangan kita, mulut berbaupun masih dikatakan wangi. Nampak? begitu hebatnya penangan cinta. Jadi sy ingin berkongsi sedikit pendapat dimana sy merasakan....

Cinta itu indah tapi BAHAYA! kerana orang brcinta ni bak kata Acha Septriasa- "berdua lebih baik". Tapi yang berdua inilah yang bahayanya... bila berdua pastinya ada yg ketiga. Paham2 aje la siapa yg ketiga tu... Biasanya dikalangan kita, BOLEH pandang2, BOLEH pegang2, BOLEH rapat2... aaacane tu? Malaysia BOLEH! haha... 

Cinta itu indah tapi SYARIAT TETAP MEMBATASKAN! Ada batasannya. Tidak salah bercinta. Bercintalah sampai ke tua sekalipun...tapi kena la follow the syariat... antara wanita dan lelaki yang bukan muhrim ada batasnya... bagaimana utk bergurau senda dan bagaimana utk memandang pasangan yang ajnabi... kerana bukan artis sahaja public figure, kita juga dikira sbg public figure kpd masyarakat sekeliling. Cukup-cukup sudah, cukup jangan sakitkan lagi pandangan mata mereka...

Cinta itu indah tapi MENYAKITKAN! Khas kpd kaum2 wanita seluruh dunia. hehe... (perasan global haha) Bila bercinta tu, jangan serahkan segalanya kpd pasangan anda. kalau boleh 50-50. Dimana 50 kepercayaan anda berikan pd mereka dan 50 lagi simpan utk diri anda. Jadi in case suatu hari nanti, pasangan anda minta memutuskan perhubungan tak lah anda terjatuh tersungkur tergolek2... Hargai setiap benda yang ada pd anda. Sekurang2nya ada masih boleh "bernyawa dengan sebelah jiwaku" bak kata Jaclyn Victor hehe....

Cinta itu indah tapi BUKAN SEGALANYA! Ya memang indah, bak bunga sakura yg bertaburan...(tiba2 mode nak korea pulak) haha... menikmati keindahan tidak salah, cuma berpada-pada lah.... kena ingat, kalau sekadar cinta sahaja yg ditaburkan x kemana.... lepas kahwin, mula bercakaran kerana duit. Its all about money...money...money! skrg ni semua gunakan duit...susahnya tiada duit boleh membawa kpd penceraian~ jadi pilih pasangan yang boleh menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Cinta itu indah tapi SEMENTARA! Yang ni biasa terjadi. Masa bercinta punya lah jaga pasangan, sampai terlanggar batu pun batu yang dimarahinya. Gentlemen la kononnya tu... lepas kahwin mula tunjuk belang. Jalan berpimpin tangan pun dah tak mahu. Isteri sebatu di hadapan suami masih dibelakang. Ada pula, semasa bercinta, lemah dengan pujuk rayu pasangan sampaikan sudah ter tut* baru nak menyesal. Masa tu nak salahkan siapa? jadi jgnlah mencari keindahan yang sementara ini. Bersabar selagi termampu =)

Orang bercinta ni banyak dugaannya apatah lagi yang dah bertunang kerana seolah2 anda sedang bermain dengan api. Jangan dicabar firman Allah:

Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk. [Surah al-Isra', ayat 32]

Cinta itu indah, lagi indah jika mendapat cinta hakiki 
Cinta itu indah, jika kita tahu menghargainya



Travelog Air Asia - Australia

Salam semua geng blogger yg di sayangi dan di hormati sekalian....

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya saya masih lagi bernafas di bumi bertuah ini. Sudah lama rasanya saya tidak update blog ini, berdebu dah.... (uhuk...! uhuk...! uhuk...!)

Sebenarnya tiada ape pun yg dibusykan, cuma xde masa yg sgt lapang utk menulis di blog ini tambahan pula saya terlupa kata laluan blog....hehe tapi, alhamdulillah hari ini telah diberi kesempatan itu. 

pssstt.....pssssssstt...! (mai sat nak habaq sat ni....) kisah saya ke Australia bulan lepas. Happy sgt dapat melawat negara orang... ye la sekali sekala melihat dunia luar...mana x sonoknyer kan.......


Negara Australia merupakan negara ke 6 terbesar di dunia kerana mengandungi banyak negeri di dalamnya. Antara negeri-negeri itu adalah seperti Tasmania, Perth, Adelaide, Sydney, Melbourne, Canberra dan Hobart. Namun pemergian saya ke Australia adalah atas sebab melawat adik saya yg sedang belajar di sana, jadi kami telah menetap di bandar Brisbane selama seminggu. First time menjejakkan kaki di sana, masyaAllah hanya tuhan saje yg dpt menggambarkan perasaan saya masa tu... bandar nya sangat bersih, tidak sesak dgn kenderaan, tiada motor (kalau ada pun motor jenis yg besar2 tu)..., angin yg dingin dan pemandangan yg indah2...nyaman je.. (sgt teruja ok!)


At first, i thought one week is too long, and always pray to quickly end this journey. Tapi setelah 3 hari berada di sana, dan semakin dekat nak balik....i've change my mind....why this journey is too short? and if can, i want added some more days. x puas rasanya berjalan di sana...(walaupun dah byk tempat pergi - keluar pagi balik malam, everyday~)...Antara tempat2 yg sempat dilawati:








Kenangan yang tidak dapat dilupakan semasa berada di sana??
Banyak. tapi yang paling x dapat dilupakan adalah masa nak ambil wuduk utk solat. Di sana takde masjid, org muslim kat sana solat secara sembunyi2. Kejadian berlaku di sebuah shopping complex, my sis dah pesan kalau ambil wuduk kat bilik "orang kurang upaya" tu nanti tekan "log" tuk kunci pintu bilik tu... dgn confidentnya saya pun masuk dan mencari butang "log" tu... belum pun sempat tekan, pintu dh tertutup (maklumlah canggih sangat.....otomatik), so butang "log" dah bertukar warna merah. Fikir ku dah kunci kot.... tiba2 tgh lipat2 seluar nak ambik wuduk, pintu terbuka!! seorg cleaner nak masuk bersihkan bilik tu, punya la terkejut... (terketar2....pucat kot muka masa tu)...she standing in front of me with her confuse eyes. she ask me what i'm doing here, and warning me.... i'm speechless... just can say, i'm sorry so many times (dah mcm amir raja lawak pulak)... nasib my sis come over and settle down the problems, fuhh!! rupanya my sis kata org2 kat sini tak suka tempat yg kotor2, kata mereka org muslim ambil wuduk, menyebabkan lecak... air melimpah atas lantai....diorg x berapa suka....(pembersih la kiranya)....

Hari ketiga kami sempat ke Gold Coast. Bandar Brisbane terletak berhampiran dgn bandar Gold Coast. Perjalanannya tidak mengambil masa yang lama, jadi kami menaiki train aje. Perbezaan antara Brisbane dan Gold Coast adalah, bandarnya....di mana bandar Gold Coast sedikit sibuk dan crowded berbanding Brisbane. Selain itu, penduduk Gold Coast ni lebih sosial sikit kerana terdapat byk kelab2 malam dan pub di tepi2 jalan. waktu malamnya sangat meriah... mcm syurga dunia la... bebanding Brisabane yang umpama utk golongan elite...dan agak berada... (my view of point jer....) 

Apa yang menarik di Gold Coast??
Banyak. antaranya kat sana terdapat taman tema seperti "Movie world" dan "Sea World". Tapi yang paling menarik, di Gold Coast ada masakan orang melayu - MAHARANI MALAYSIAN FOOD RESTAURANT (wahh....tolong promote ke hapa ni??? hahaha).... dalam kedai tu terdapat byk gambar2 artis yang pernah dtg makan di sana... antaranya Anuar Zain dan Aznil Hj Nawawi... so setelah beberapa hari tak makan sesuap nasi, mlm tu kami makan sepuasnya nasi..... (tetiba sgt menghargai sebutir nasi~) kami memesan set tomyam dan sayur kailan ikan masin. Sedap makan kerana lapar sebenarnya, masakannya ok2 jer... harga boleh tahan mahalnya! 



Detik2 hari terakhir, kami sempat ke Lone Pine Koala Sanctuary. Motif utama nak tgk koala depan mata. Alang2 tu tengok sekali beberapa binatang yang tak ada di Malaysia, tp terdapat di sana... contohnya, kangaroo, penguin, platypus dan wombat. (Tersangatlah jakun ok masa tu, tp sekejap je....pastu dah normal cam biasa....heheh). Yang menariknya, kami sempat bergambar kenangan bersama sambil memegang koala... 



Alhamdulillah, perjalanan kesana selama seminggu berjalan lancar dan diredhai. Jika ada peluang, inshaAllah saya nak kesana lagi tapi maybe ke Melbourne atau Tasmania pula... (sbenarnya tgh gigih kumpul duit nak ke korea~ hahaha....) anyway, sampai di sini dulu yer... semoga geng blogger terhibur membaca travelog yang x seberapa ni... tp saya 100% rekomen anda utk kesana.... jumpa lagi di lain ruangan... 

p/s: lain2 gambar ada di dlm FB ok.... check it out!

A warm signal from December~

Salam semua geng blogger, hi!! 

"Oh it's dec..." that what i'm try to figure out. yeah. it's dec... why? Final exam is around the corner!!! gosh! frankly speaking, i'm not ready sitting for the exam but i have no choice.

Someone might happy when its come to dec. Not for Merry Christmas, but it is the last month of the year and waiting for the new year with new spirit and new planning. Should  that happens to me.... supposedly yes, but Oh! why we have to sit for the exam (big question mark???) .... if there's no examination probably i'll be the first person who wish to end the year quickly! 

This is we called as life. our life will not complete and interesting if there is no challenges around us. hurm... but do i should consider exam as the most challenges part in my life? maybe not.

What is your planning? (i'm thinking for the next year....) currently, i still counting and do not have any ideas. not as before when i finished my degree, i have plan to continue master, but now... i get stuck, what will after this? Phd? or looking for a jobs? i don't know. maybe i'm just waiting for my faith. Allah knows better. 

Only bout one month left for hangout with my friends. Hey guys, u know what, i'm happy being a part of your life. thanks adding me into your friend lists :) Sometimes you are annoying but i'll miss all that things...

p/s: Wake me up when January is come...perhaps nothing much to worry~


Hantu Colgate~

Kejadian pagi ini benar2 mencabar saya utk bertindak serasional yg munkin dan sedikit sebanyak telah mencalar imej saya utk tidak berjumpa dgn felo kolej KKM. Seperti biasa tepat pukul 6.30 pagi jam handphone saya akan berbunyi menandakan cukup2 lah tido tu, pi solat subuh... selalunya saya akan menurut sahaja tanpa byk soal, mencapai tuala, ubat gigi, berus gigi dan kunci bilik. Saya memberus gigi dgn tenang sekali pagi ini.... lidah pun xde la byk kekotoran dan terus ke paip utk mengambil wuduk.... Ahh.... hati saya mula tidak tenang.... tak tahu kenapa, ambil wuduk pun terganggu.... lama saya tercatuk dpn paip memikirkan segala perkara yg mungkin berlaku.... adakah itu, adakah ini..... hurmm....

DuuUsssHHh! ok saya dah jadi semakin panik, kunci bilik tertinggal di dalam bilik.... dalam kepanikan itu sempat saya teruskan berwuduk sambil memohon agar pintu bilik tidak terkunci..... saya x perasan saya kunci atau tidak.... berharap ia tidak berkunci..... kalau ada roomate lain cerita xde la panik sgt.... dgn debaran yg kian kencang, saya berjalan menuju ke bilik langkah saya semakin laju.... cuba membuka pintu....ternyata saya kunci pintu bilik seperti kebiasaannya..... Oh No.... ! apa nak buat? baru pukul 6.40 pagi.... 

Bayangkan lah saya dgn bertuala, sambil tgn kanan menggenggam ubat dan berus gigi x senonoh betul.... tercegat berdiri depan pintu bilik (x suka betul scene ini, kenapalah saya perlu melakonkan watak ini....) malunya!.... ramai pelajar keluar bilik utk ke tandas memandang pelik kearah saya.... (Oh jangan lah.....~ ) mengapa lah perkara ini berlaku keatas diri ku.... saya buat2 tidak nampak, dan membetulkan tuala dipinggang (baik punya cover huhuhu....) utk mengelakkan dari berlakunya kontroversi, saya turun ke tingkat 2 utk bertanya dgn sape2 yg ada disitu masa itu.... mengelembailah tuala saya semasa turun tangga.... tgn tetap menggenggam erat ubat dan berus gigi.... nak wat cane bawak je la..... 

Mujur ade seorg ini, dia kata boleh jumpa felo kolej minta kunci spare. ye la, hari ini kan cuti awal muharram mana la x jadi lebih nervous, buat2nya pejabat kolej x bukak kan.... ini pun hampir nervous, takut felo balik kampung pula..... tanpa berlengah saya ke bilik felo.... dengan harapan dia ada la.... ketuk punya ketuk, xde yg menyahut....eh nervous dah ni.... xkan sepanjang hari aku nk pakai mcmni.... nak call someone henset dlm bilik.... saya ketuk lagi.... memberi salam agak kuat mudah-mudahan dia dengar tapi hampeh!.... haiiishh.... xde jugak.... dah la ramai lalu lalang.... semua sibuk nak solat subuh agaknya... felo ni x solat ke....(terdetik je dlm hati~) tunggu lah saya depan pintu bilik felo itu beberapa minit.... saya terfikir utk solat dulu, ye la jam dah nak pukul 7.... nanti terlepas pula.... saya ke bilik pantry kkm, solat disitu... pas selesai.... dgn tekad dan azam yg membara (sebenarnya marah....ape punya felo la bangun lambat), saya ke bilik felo sekali lagi.... kali ini nak jadi ape jadi la....saya tetap nak kunci bilik....!! ketukan yg kuat berserta salam yg kuat saya beri... x bangun jugak x tahu la.... 

Akhirnya berjaya kejutkan felo ini, sah baru bangun tido (nyenyak tido bang~). Dia agak terkejut....hahaha mana tak nya di depan dia ni seorg yg bertuala dan membawa ubat serta berus gigi.... hahahaha..... tersangat lah malu waktu itu yer....ape boleh buat.....dah nasib begini.... " ada kunci spare bilik *** tak?'' tanpa byk soal saya terus minta kunci spare. Dia pun senang utk berunding, terus buka pejabat felo utk ambil kunci tapi masih terpinga2 dan riak yang aneh.... (hey, pelik ke? ok, my new Halloween costume hahahaha!)

Selama ini, saya sentiasa berhati2 semasa keluar dan masuk bilik, saya akan pastikan kunci sentiasa berada bersama saya... tapi pagi ini benar2 mencalar prinsip saya.... mungkin terlalu mamai (x sedar) tp confident je keluar bilik tekan tombol lock pintu kan.... walaubagaimanapun, ia adalah satu pengajaran dan pengalaman yg x boleh dilupakan.... lain kali saya akan pakai seluar track suit utk ambil wuduk.... kalau bilik terkunci xde la malu sgt.... hahaha.... saya lah hantu colgate tu~ mmmmmmmmmaaaaaaaaaalluuunyer!!

Sekian terima kasih~ 
p/s: jangan gelak ar...... berlaku kat korg nanti baru tahu colgate ke darly hahaha~

Tolong Aku, Selamatkan aku!

Merintih-rintih si kecil kura2....terguling-guling si hitam tenggiling....dan terbelit-belit si ular berbisa... KENAPA?? "Tolonglah, KAMI di seksa, KAMI diseludup! bukan kami aje ramai lagi kawan2 yg senasib dgn kami...."

Akhbar Sinar Harian, AHAD 16 Oktober 2011. m/s 8

Indian Star Tortoise

Ramai yang memandang enteng dengan masalah ini dan ada pula segelintir masyarakat yang tahu tetapi tidak mengambil sebarang tindakan. Haiwan-haiwan diatas menjadi sasaran sindiket untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda. 

Saya terpanggil utk mengulas isu ini kerana saya dapat merasakan penderitaan yg mereka alami. bayangkanlah jika anda yg diperdagangkan, terpisah dengan keluarga anda, adik-beradik anda, kawan-kawan anda...apa perasaan anda? terkulat-kulat anda di seludup dan bila buka mata sahaja anda telahpun berada di sebuah negara yang lain....begitu asing sekali! anda rasa bagaimana kehidupan anda selepas itu? bertambah baik? atau bertambah buruk? mungkin bertambah buruk kerana tidak sesuai dgn environment baru...menjadi buruk lagi jika anda dijadikan sebagai hamba abdi, didera sehingga meragut nyawa! 

Haiwan merupakan makhluk Allah yg dicipta sama seperti kita manusia, bezanya mereka tidak dikurniakan akal untuk berfikir. Jadi kita tidak berhak untuk menzalimi sesama makhluk ciptaanNYA. 

Membawa masuk atau keluar haiwan menjadi kesalahan sekiranya ia tidak menuruti peruntukan undang-undang yang ditetapkan. Di Malaysia terdapat badan khas yang terlibat dalam membasmi kegiatan penyeludupan haiwan iaitu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan beberapa NGO's yang turut membantu menangani masalah ini. Namun masalah ini tetap menghantui haiwan-haiwan eksotik dan terancam ini kerana beberapa faktor yang tidak munasabah, antaranya:
  1. Terdapat segelintir masyarakat yang gemar memakan bahagian tertentu haiwan eksotik. contohnya: kala jengking, biawak dan ular. Ape kejadahnya nak makan ni?? dah xde makanan lain ke? kan ada Pizza hut, Mc D, KFC, Chicken chop....Sate x cukup lagi ke?
  2. Sebagai jual beli. amboi, amboi, amboi.... sesuka ko je nak jual aku eh....ape ingat aku xde keluarga ke? cuba lah cari sumber rezeki yang halal... baru hidup mendapat berkat!
  3. Sumber perubatan. Ini doktor mana pulak yang sahkan ular, harimau, buaya dan biawak boleh sembuhkan penyakit?? InshaAllah segala penyakit semuanya datang dari Allah, dan DIA juga yang mampu menyembuhkannya....jadi banyakkan berdoa...jumpa doktor yang sah.
  4. Seks. wow! haiwan eksotik dipercayai mampu menguatkan nafsu dan tingkatkan prestasi anda semasa di ranjang. adoyai~ tak kan lah semata2 untuk ini anda mengorbankan nyawa meraka yang x bersalah tu??? cer pikiaq balik.... ubat tradisional yg menggunakan herba kan ada....
  5. Perhiasan. Rumah kita memang cantik kalau dihias, tapi kalau letak kepala harimau ke rusa ke.... ish x seriau orang nak menengoknya?? cantik ke? menakutkan je.... cuba kepala anda orang letak kat dinding rumah? takut tak??? takutkan..... (naik bulu roma!)
  6. Sebagai binatang peliharaan. tak da makna nya la korang nak bela biawak atau ular tu.... dah lah ganas, berbisa...baik lah korang bela kucing ke hamster ke....kan ke comel tu....boleh ajak tidur sekali... ni korang nak ke tidur dengan ular? biawak? hahaha..... 
  7. Kepercayaan karut. hah ni lagi satu hal, zaman dah moden, tapi pemikiran masih mundur! yang anda duk percaya kan gigi harimau dapat dijadikan tangkal kekebalan tu kenapa? dah la harimau semua xde gigi.... tahukah anda untuk mendapatkan gigi harimau tu, mereka terpaksa menggunakan beberapa teknik termasuk mencederakan harimau. kadang2 sehingga membawa maut. kasihan si harimau itu hanya kerana dia mempunyai gigi taring yg panjang dia mati. 
Jadi, fikir2 kan lah adakah tindakan anda ini wajar dan berhati perut? marilah kita sama2 menjaga khazanah alam flora dan fauna kerana Malaysia merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan biodiversiti. Jangan kerana ketamakan dan kerakusan anda, segala khazanah ini musnah... Sekian. 

Peace no war!


"Tuai padi antara masa, Esok jangan layu-layuan...

...Intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan..."
haha bergurindam lah pulak yer.... :)

Salam semua! sihat? hehe....InshaAllah sihat yer. Terima kasih kerana mengintai sekejap ke blog saya, tp jangan pula rindu-rinduan yer haha.... 

Alhamdulillah, saya mempunyai masa mengemaskini blog ini... walaupun ceritanya x lah sehebat cerita wedding norman & memey, tp saya berminat utk share bersama anda. Semalam saya dan beberapa kawan saya sempat menjenguk karnival buku yg digembar-gemburkan tu...."The Big Bad Wolf " but i didn't see the wolf, i only see many ppl behave like a starving wolf haha...it is because the books price was so cheapest like crazy, just imagines some books might be very expensive sells outside but in there its just only $8.00! no wonder they behave like that. 

Berjalan dan terus berjalan, pusing beberapa round until i found my desire books. Oh of course it is about a thriller and ghost story haha.... sebenarnya motif ke sana nak cari dictionary korean je, tapi tiada pulak.... mmg xde kot! but spain dictionary is there....huhu....i'm frustrated!
some of the books selling there...
kawan2 saya...Rahmah Alwi dan Nor Farhana. Err... rasanya kurang lagi sorang ni....hurrmmm? where is Jannah Alias?? Ouh... dia busy membelek buku...puas kteorg cari....rupanya dah peluk kotak yg penuh berisi buku.....'mmg ulat buku' haha.... cuba suruh baca jurnal? haha.... semua x nak!

me? of course la tgh take this pic! huhu sadissss.... T_T

Ok, enough for bad wolf or what so ever, hurm....actually i just came back from Tg. Karang, kuala selangor. Buat ape? teman si Nizam de Rousza collect his samples. Oh lupa Syam Ahmederino pun ada gak! First time ke tg. karang nih, naseb x sesat berbagai. Alhamdullilah semuanya dah settle. Apa yg menariknya, ia sangat mendamaikan hati saya, (adoyai ayat novel....x tahan..haha) ada sawah padi yg hijau terbentang luas....oh bestnya....(rugi Jannah Alias x ikut) 
sawah padi....yg hijau =)
Tahukah anda, di kalangan padi2 yang tumbuh ini, terdapat beberapa jenis padi angin iaitu padi liar dimana wujud disebabkan oleh 2 faktor. Pertamanya memang sudah semulajadi ia liar dan keduanya disebabkan oleh pengintrogresian iaitu penggabungan gen antara padi kultivar (varieti yang ditanam) dengan padi liar. ( don't take note, not in exam haha....just want to share some info ja...)
Ini lah dia contoh padi angin a.k.a. si padi liar! 
Syam Ahmederino yg terlebih excited dr Nizam de Rousza. haha...
Nizam de Rousza. Muka kegembiraan dapat collect samples..."yeay!!" haha...
About 10 different variety of wild rice we found and thats why Nizam is so happy... hurmm, pastu semua keletihan haha.... sebelum balik sempat jugak kami bergambar dgn pegawai MARDI yg in charge kawasan padi ni....
that's me in brown shirt with cap haha...berlakon je tuh!
It was a nice trip. I do enjoy the moment when its come to anything related to plants. So guys, this is my experience for today and i hope you enjoy reading my blog and perhaps can give you some knowledgeable information about the plants. Wait me for another interested stories.....see you soon! Bye!