BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sedikit Tips untuk Bergaya~

Salam semua, 
Syukur hari ni saya masih dapat menulis lagi di blog ini. Di ruangan yg lalu saya ada bercerita tentang fashion dan di atas permintaan seorg kawan saya berasa senang berkongsi beberapa tips untuk berfashion. Sebenarnya kita bebas utk menggaya bermacam jenis baju, asalkan ia tidak la terlalu over. hehe.... antara tips -tips nya ialah:

  • Memilih pakaian mengikut usia kita: Ini adalah penting kerana, seseorg itu boleh nampak berbeza apabila mengenakan sesuatu pakaian. jika tersilap memilih ia akan menyebabkan seseorg itu kelihatan lebih tua berbanding umurnya yg sebenar dan sebaliknya.
  • Warna pakaian: Ia terpulang kepada seseorg individu itu, tetapi seelok2nya yg muda remaja iaitu umur di dlm lingkungan 20-27 tahun better memakai pakaian yg berwarna terang dan striking. kerana elemen warna baju akan mempengaruhi faktor mood anda, jika warna nya agak kelam sama la seperti mood anda yg agak suram pada hari itu. hehehe....
  • Saiz pakaian: Bagi saya saiz pakaian/baju adalah satu isu yg agak sensitif, ini adalah kerana, adakalanya mereka yg berpakaian ketat/sendat merasa selesa begitu dan adakala sebaliknya. tetapi, bagi mereka yg agak funky dan berbadan normal boleh la memakai pakaian yg sama saiz dgn badannya...bg yg mempunyai bentuk badan yg maskulin ia adalah satu bonus manakala bg yang memliki susuk badan yg agak besar dan berisi, anda digalakkan memilih pakaian yg bersaiz besar sedikit tetapi tidak terlalu longgar. Saiz baju, menunjukkan personaliti seseorg itu. jadi jgn tersilap memilih supaya org x tersalah anggap. 
  • Pandai matching: Kemahiran mematchingkan pakaian ini bukan lah suatu yg mudah. setiap org mempunyai citarasa yg berbeza-beza. disini ada beberapa tips yg boleh saya kongsikan, misalnya baju berwarna hitam sesuai di match kan dgn sebarang warna, baju putih sesuai dgn seluar yg berwarna krim, coklat cair, putih, hitam, baju kemeja berjalur garis halus sesuai dipadankan dgn tali leher yg plain dan sebaliknya.  




0 comments: